𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 | 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐅𝐈𝐙 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐄𝐇 𝐑𝐀𝐔𝐁 𝐓𝐎𝐏 𝟑 𝐌𝐀𝐈𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟒
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan kontinjen SRITI Tahfiz Al-Fateh Raub yang telah merangkul Tempat Ke-3 Keseluruhan Mahrajan Amal Islami SRITI Peringkat Negeri Pahang 2024.
Berikut merupakan keputusan yang telah diperolehi :
𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐝𝐚𝐭𝐨 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 (𝐋)- 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘈𝘮𝘪𝘳 𝘐𝘳𝘴𝘺𝘢𝘥 𝘣𝘪𝘯 𝘙𝘰𝘮𝘻𝘪
𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝟏 (𝐏)- 𝘕𝘶𝘳 𝘈𝘮𝘢𝘯𝘪 𝘓𝘢𝘪𝘭𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘍𝘪𝘳𝘥𝘢𝘶𝘴
𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐥𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 (𝐋)- 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘍𝘢𝘳𝘪𝘴 𝘞𝘢𝘫𝘥𝘪 𝘣𝘪𝘯 𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘍𝘪𝘳𝘥𝘢𝘶𝘴
𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐥𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 (𝐏)- 𝘏𝘢𝘯𝘪 𝘒𝘩𝘢𝘥𝘪𝘫𝘢𝘩 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘙𝘢𝘥𝘻𝘪
𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐛 (𝐋)- 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘚𝘢𝘮𝘦𝘦𝘳 𝘈𝘧𝘭𝘢𝘩𝘪 𝘣𝘪𝘯 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘪𝘮𝘪
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞-𝟑 𝐏𝐢𝐝𝐚𝐭𝐨 𝐁𝐌 (𝐏)- 𝘡𝘢𝘩𝘳𝘢 𝘈𝘭𝘪𝘴𝘺𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘚𝘺𝘢𝘩𝘳𝘪𝘭 𝘈𝘪𝘥𝘪
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞-𝟑 𝐏𝐢𝐝𝐚𝐭𝐨 𝐁𝐌 (𝐏)- 𝘕𝘶𝘴𝘢𝘪𝘣𝘢𝘩 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘒𝘩𝘢𝘪𝘳𝘶𝘭 𝘈𝘮𝘪𝘯
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞-𝟑 𝐁𝐞𝐫𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐫𝐚𝐛 (𝐏)- 𝘕𝘶𝘳 𝘞𝘢𝘻𝘯𝘪 𝘍𝘢𝘬𝘩𝘳𝘪𝘯𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘪 𝘔𝘰𝘩𝘥 𝘍𝘪𝘳𝘥𝘢𝘶𝘴
MAIS SRITI Pahang 2024 telah melabuhkan tirai pada hari semalam. Majlis perasmian penutup telah sempurna dirasmikan oleh YB Haji Hasanuddin Salim, ADUN Kuala Semantan.
Pogram ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 28-29 September 2024 bertempat di SRITI Al-Furqan Temerloh. Seramai 16 orang peserta telah dipilih bagi mewakili sekolah.
Sekalung penghargaan buat pihak pentadbiran sekolah, ALP, JIBG, barisan guru-guru yang tidak mengenal erti penat membimbing murid-murid, ibubapa yang sentiasa memberikan dorongan & motivasi buat anak-anak, serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Secara keseluruhan, peserta yang mewakili Al-Fateh hebat-hebat belaka. Mereka telah membuktikan kehebatan dengan menunjukkan semangat dan bersaing secara sihat bersama teman sepejuangan.
Kalah dan menang itu semestinya adat dalam pertandingan. Namun, mereka semua tetap permata bersinar di hati warga pendidik SRITI Tahfiz Al-Fateh Raub!
Tahniah kepada semua peserta Al-Fateh yang telah menyertai MAIS Pahang pada tahun ini. Buat yang belum menang, boleh tingkatkan usaha untuk buat yang lebih pada tahun hadapan. InshaAllah!
https://www.facebook.com/share/p/dS98XStyZ6b73GyP/?mibextid=oFDknk
𝑷𝒆𝒏𝒄𝒆𝒕𝒖𝒔 𝑮𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒔𝒊 𝑨𝒍-𝑭𝒂𝒕𝒆𝒉
#SRITIAlFatehRaub
#SRITIPahang
#SRITIMalaysia
#SRITIPilihanTerbaik
#MAISPahang2024
#TeguhJihadBersamaPalestin

Comments
Post a Comment